Info Kerjaya Kerajaan
Contoh Soalan Peperiksaan (PSEE) Seksyen A
Tahniah diucapkan kepada calon yang terpilih untuk menghadapi Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
Berikut Merupakan Contoh Soalan Seksyen A (Daya Menyelesaikan Masalah) Untuk Rujukan Calon !
Baca Juga
Contoh Soalan Peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (Klik Sini)
Contoh Soalan Peperiksaan (PSEE) Seksyen A
Dalam seksyen ini calon diuji dengan kemahiran berfikir yang berfokuskan berkaitan matematik seperti algebra, trigonometri dan pembezaan.
Tapii !! calon tidak perlu risau kerana soalan seksyen ini tidak akan melebihi aras soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Jika 10% daripada harga sebuah mesin cetak bersamaan dengan harga sebuah pembesar suara. 3 buah pembesar suara tersebut berharga RM156. Berapakah harga bagi 2 buah mesin pencetak tersebut?
A ) RM104
B ) RM520
C ) RM1,040
D ) RM1,560
Jawapan C - Amran memandu kereta dengan purata kelajuan 85km/j dari bandar M ke bandar N sejauh 235km. Dia berhenti rehat selama 25 minit dan menyambung perjalanan ke bandar O sejauh 265km dengan purata kelajuan 90km/j. Berapakah tempoh masa bermula perjalanan Amran dari bandar M hingga sampai ke bandar O?
A) 4 jam 28 minit
B) 5 jam 28 minit
C) 5 jam 08 minit
D) 6 jam 08 minit
Jawapan D - Apakah nilai-nilai R yang memenuhi ketaksamaan 5<3R<18?
A) 1,2,3,4
B) 4,5,6,7
C) 2,3,4,5
D) 3,4,5,6
Jawapan C - Jika KERJAYA sepadan dengan 6385292, maka KEJAYAAN sepadan dengan?
A) 63529228
B) 63529222
C) 63529227
D) 63529223
Jawapan C - {26,L,M,65,N,91,104} adalah jujukan nombor mengikut pola tertentu. Apakah Nilai (MxN)/L?
A) 104
B) 91
C) 78
D) 26
Jawapan A - 1/6 Muatan tangki dapat diisi dengan air dalam masa 15 minit menggunakan 1 paip. Berapakah masa yang diambil jika 3 paip air yang sama digunapakai?
A) 30 minit
B) 35 minit
C) 45 minit
D) 90 minit
Jawapan C - Ramlah menjual 3 jenis buah-buahan iaitu 35% adalah buah limau, 55% buah tembikai dan selebihnya adalah 50 biji buah jambu. Berapakah jumlah keseluruhan buah-buahan tersebut?
A) 500
B) 505
C) 550
D) 555
Jawapan A - Berat 5 buah kotak merah ialah 3.75kg. Berat 8 buah kotak biru pula ialah 4.55kg dan berat 6 buah kotak hijau ialah 5.95kg. Susun 3 buah kotak mengikut warna yang berbeza bermula daripada yang paling ringan kepada yang paling berat?
A) Biru, hijau, merah
B) Biru, merah, hijau
C) Merah, biru, hijau
D) Hijau, biru, merah
Jawapan B - Sebuah kilang membuat kek mengeluarkan 3 jenis kek dalam sehari iaitu 150 bungkus kek gulung, 175 bungkus kek buah dan 400 bungkus kek cawan. Berapakah bilangan keseluruhan kek yang dikeluarkan oleh kilang tersebut dalam tempoh 6 hari?
A) 725
B) 2175
C) 3625
D) 4350
Jawapan D - Nisbah bilangan buah jambu kepada buah limau yang dijual di sebuah pasar malas ialah 7:2. Berapakah jumlah bilangan kedua-dua jenis buah tersebut apabila bilangan buah limau ialah 184 biji ?
A) 368
B) 644
C) 736
D) 828
Baca Juga
Contoh Soalan Peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (Klik Sini)
Ingin Menyertai Komuniti Bakal-Bakal Penjawat Awam ????
Sertai Group Telegram Di Bawah Yang Mengumpulkan Kesemua Bakal Penjawat Awam Dari Seluruh Malaysi Yang Menjadi Platform
- Perkongsian Ilmu Dan Pendapat
- Saling Berkenalan
- Perkongsian Rujukan Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
- Perkongsian Tentang Temuduga Kerajaan