5 Kesilapan Semasa Membuat Ternakan Ikan
Semakin hari, semakin ramai orang terutamanya golongan muda berlumba-lumba untuk memulakan projek ternakan ikan tilapia mereka sendiri kerana projek ini sangat berpotensi memberikan keuntungan lumayan kepada mereka..
Dan semakin hari juga, semakin banyak berita-berita pendedahan tentang kejayaan para penternak ikan tilapia muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di akhbar-akhbar, televisyen, radio mahupun di media sosial..
Jika anda seorang penternak ikan tilapia tetapi kurang berjaya mendapatkan hasil seperti mereka yang lain, anda pasti akan berasa sedih apabila mendengar berita-berita tersebut – sambil buntu mencari penyebab kegagalan projek ternakan anda..
Lagi tambah kecewa bila terdengar berita sahabat karib anda yang mula belajar cara mulakan penternakan ikan tilapia daripada anda – kini mampu menjadi lebih berjaya berbanding anda walaupun modal yang digunakannya tidaklah sebesar modal yang anda keluarkan untuk projek anda.. Fuh, ia pastinya berita yang buatkan anda menangis dibucu katil!
“Mengapa Ya, Ia Berlaku Kepada Anda?”
Rileks! Lupakan sebab-sebab untuk menyalahkan orang lain kerana kegagalan ini.. Ada banyak faktor yang mendorong kepada kegagalan projek ternakan ikan tilapia anda ini.. Antaranya ialah faktor lokasi, faktor kolam, faktor ikan dan sebagainya.. Dan paling paling UTAMA, faktor diri anda sebagai penternak.. Ini kerana anda mungkin melakukan kesilapan yang telah membuatkan projek anda gagal mendapatkan hasil seperti yang dimahukan..
Ini antara 5 kesilapan kronik yang mungkin anda lakukan sehingga menyebabkan projek ternakan ikan tilapia anda kurang berjaya..
1 – Menternak Jumlah Ikan Yang Terlalu Banyak
Ramai penternak berfikir jika mampu ternak lebih banyak ikan tilapia dalam satu-satu masa, lagi banyak untung yang dapat dihasilkan.. Tapi ia sebenarnya kesilapan besar kerana jumlah ikan yang terlalu banyak dalam sesebuah kolam menyebabkan ianya terlalu padat dan menyukarkan tumbesaran ikan-ikan tersebut..
2 – Tangki Banyak Tapi Kurang Filter
Membina tangki yang banyak untuk menempatkan ikan ternakan mungkin sesuatu yang bagus tetapi tanpa meletakkan filter, kualiti air tersebut menjadi kotor dan tidak selamat untuk habitat ikan tilapia ternakan anda.. Ia akan membuatkan ikan anda mudah dijangkiti penyakit dan berisiko tinggi untuk mati..
3 – Terlalu Banyak Rumpai Air Dalam kolam
Kos untuk membunuh dan membersihkan rumpai air dalam kolam ternakan anda adalah sangat tinggi setiap tahun kerana kos racun rumpai sangatlah tinggi.. Ramai penternak menghabiskan banyak wang semata-mata untuk mengawal masalah rumpai air yang terlalu banyak sehingga mengganggu projek ternakan ikan yang ada..
4 – Tidak Memberi Makanan Yang Betul
Memberi jenis makanan yang sesuai sangatlah penting bagi memastikan ikan ternakan anda membesar dengan sihat.. Memberi makanan yang tidak sesuai serta tidak sama rata boleh membantutkan tumbesaran ikan-ikan tilapia anda.. Terlebih memberi makanan juga bakal membuatkan kolam ternakan menjadi kotor dan tidak selamat untuk ikan ternakan anda..
5 – Tidak Mengutamakan Kebersihan
Kebersihan kolam sangat penting dalam penternakan ikan tilapia ini.. Kolam yang kotor bakal menyebabkan ikan-ikan mendapat penyakit.. Malah penyakit-penyakit tersebut juga bakal menyebabkan manusia menjadi keracunan sekiranya termakan ikan tilapia yang hidup dalam kolam ternakan tersebut..
Jika anda melakukan perkara-perkara di atas, berhenti daripada terus melakukannya!
Ini dapat menyelamatkan projek ternakan ikan tilapia anda daripada terus gagal.. Seterusnya, anda harus mendalami ilmu berkenaan dengan projek ternakan ikan tilapia ini daripada para penternak berpengalaman untuk memastikan projek anda mampu bangkit kembali dan berjalan lebih lancar sehingga mampu mendapatkan hasil yang adna mahukan..
“Di mana tempat TERBAIK untuk belajar ilmu Ternakan Ikan Tilapia ini?”
Ramai orang cakap, untuk belajar cara memulakan projek ternakan ikan Tilapia yang berjaya, anda perlu habiskan masa berbulan-bulan untuk hadiri kursus demi kursus – sama ada kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan ataupun penternak persendirian.. Ini dapat membantu anda lebih memahami cara sebenar projek ternakan ini dilaksanakan..
Tapi jika anda mahukan “shortcut” yang mampu menjimatkan masa anda bagi mempelajari sendiri cara untuk mulakan projek ternakan ikan tilapia dengan lancar, mungkin perkongsian ilmu daripada seorang penternak ikan tilapia berjaya di Negeri Sembilan yang bernama Encik Zhafran ini dapat membantu anda..
Ebook ini membongkarkan cara bagaimana anda boleh memulakan sendiri projek ternakan ikan tilapia dengan lancar daripada kosong sampai berjaya.. Ebook ini pasti mampu menjimatkan masa anda untuk pelajari cara sebenar memulakan projek penternakan anda sendiri SERTA mampu mengurangkan kerugian atau risiko sepanjang projek ternakan anda berjalan..
Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah:
- Potensi SEBENAR projek penternakan ikan Tilapia
- Jenis-jenis Ikan Tilapia dan cara penjagaan yang SESUAI
- 4 jenis kolam ikan tilapia berserta kelengkapan PENTING serta cara pembinaannya
- Cara TERBAIK memilih benih ikan tilapia yang menguntungkan projek ternakan anda
- Jenis-jenis makanan ikan beserta kaedah pemberian makanan yang BETUL
- Cara TERBAIK menghasilkan makanan ikan Tilapia sendiri
- Jenis-jenis Penyakit Ikan SERTA Cara Rawatannya
- Cara TERBAIK untuk menjual ikan Tilapia anda
- Kesilapan KRONIK serta Risiko Penternakan Ikan yang perlu anda elakkan
- Rujukan lengkap organisasi yang mampu membantu projek berjalan lebih lancar
- Dan banyak lagi ilmu berkenaan dengan penternakan Ikan Tilapia ini!
Jika anda betul-betul serius untuk berjaya dalam projek ternakan ikan Tilapia ini, anda wajib mempunyai ilmu sebenar yang dikongsikan daripada penternak berpengalaman dan bukannya hanya belajar sekadar teori semata.. Ebook ini merupakan “shortcut” terbaik untuk anda memahami serta memulakan projek ternakan ikan Tilapia anda dengan lebih berjaya!
Impian anda untuk menjadi seorang penternak ikan Tilapia yang berjaya dan memperoleh keuntungan lumayan hasil daripada projek ternakan anda pasti mampu dilaksanakan jika anda mengikuti segala ilmu yang didedahkan dalam ebook ini.. Inilah peluang terbaik anda untuk mulakan projek penternakan anda dengan langkah kanan..
Jom pelajari cara sebenar memulakan projek ternakan ikan Tilapia yang berjaya dengan Klik Sini