Bisnes

5 Perkakas Untuk Mulakan Bisnes Bakeri

Suatu masa dulu, bisnes bakeri ini hanya boleh dijalankan oleh orang-orang yang mempunyai sijil dan pengalaman yang khusus dalam bidang bakeri.. Tapi pada hari ini, sesiapa sahaja boleh memulakan Bisnes Bakeri ini dengan lebih mudah & jimat kos walaupun anda seorang suri rumah – hanya dengan menjualnya dari rumah sahaja..

Jika anda mempunyai minat yang mendalam dalam membuat produk bakeri seperti kek, roti dan sebagainya dan sering dipuji setelah berjaya menghasilkannya, bisnes bakeri dari rumah inilah antara bisnes terbaik yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan tambahan setiap bulan..

Bayangkanlah anda memang sangat gemar hasilkan kek, tiba-tiba mendapat tempahan daripada pelanggan bagi menghasilkan kek khas untuk majlis sambutan hari lahir.. Dengan modal kurang RM20 untuk kos bahan bagi menghasilkan kek, anda mampu menjualnya dengan harga RM100 hingga RM200.. Bukankah ia sangat menguntungkan anda?

Selain itu, Bisnes Bakeri dari rumah ini juga sangat mudah untuk diuruskan.. Ini kerana anda tidak perlukan kedai yang dilengkapi dengan design dalaman menarik SERTA anda tidak perlu nak menggaji para pekerja pun.. Semuanya anda boleh uruskan sendiri hanya dari rumah anda.. Ia sangat menjimatkan kos anda!

Tapi sebelum anda memulakan Bisnes Bakeri yang menguntungkan ini, anda perlu mempunyai kelengkapan asas agar segala urusan kerja menghasilkan produk bakeri dapat berjalan lebih lancar.. Kelengkapan ini merupakan keperluan yang paling utama yang membantu anda menjana keuntungan lumayan dari Bisnes Bakeri ini..

Berikut antara 5 kelengkapan PENTING yang perlu anda dapatkan sebelum memulakan Bisnes Bakeri anda sendiri beserta anggaran kosnya..

1 – Ketuhar (Oven)

Pastikan anda memilih ketuhar (oven) berbanding microwave kerana microwave hanyalah untuk panaskan makanan dan bukannya untuk membuat kek atau pastri.. Saiz permulaan oven yang digalakkan ialah 21L tetapi jika mampu belilah yang 35L atau 52L kerana ia mempunyai kipas khas..

Kosnya sekitar RM200-RM300 (untuk 21L) dan RM335-RM400 (untuk 35L/52L)

2 – Pengadun Elektrik

Hand mixer dan stand mixer mempunyai fungsi yang sama cuma anda boleh buat kerja-kerja lain seperti mengadun bahan-bahan biskut dan kek dengan lebih mudah jika anda menggunakan stand mixer.. Ia memudahkan anda menyiapkan tempahan yang banyak dengan lebih cepat..

Kosnya sekitar RM50-RM70 (untuk hand mixer) & RM150-RM400 (untuk stand mixer biasa)

3 – Loyang

Loyang ini terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk, ada yang berbentuk bulat, empat segi mahupun berbentuk hati – malah ada juga loyang khas untuk muffin.. Untuk kek biasa (1kg++), boleh guna loyang bersaiz 7 atau 8 inci.. Harganya juga mengikut kualiti loyang..

Kosnya sekitar RM8-RM20

4 – Penimbang

Penimbang biasa berfungsi seperti penimbang digital, cuma penimbang digital ini lebih teliti sewaktu menimbang.. Masalah dengan penimbang biasa ialah ia sukar untuk menimbang sukatan berskala kecil di bawah 50g..

Kosnya sekitar RM10-RM20 (penimbang biasa) & RM50-RM50 (penimbang digital)

5 – Bread Maker

Mesin pembuat roti ini memudahkan anda untuk membuat doh roti tanpa perlu mengerah tenaga untuk menghasilkannya dengan tangan.. Jika dilakukan dengan tangan, ia mengambil masa yang sangat panjang sehingga doh roti yang diadun menjadi betul-betul lembut..

Kosnya sekitar RM300-RM450

Dan anda juga perlu mendapatkan peralatan-peralatan kelengkapan kecil seperti whisk (RM5-RM10), pisau melepa kek untuk dekorasi kek (RM10-RM20), penyukat bahan cecair (RM5-RM20), spatula plastik (RM5-RM10) dan sudu penyukat (RM2-RM15).. Dengan mendapatkan semua kelengkapan asas ini, anda pasti mampu memulakan bisnes bakeri anda dengan lebih lancar!

Dan pastikan kelengkapan anda sentiasa bersih dan berfungsi bagi memastikan setiap kerja-kerja anda berjalan lancar dan dapat menghasilkan produk bakeri yang berkualiti – yang bakal menjadi kegemaran ramai pelanggan anda..

Selain itu, anda perlukan ILMU BISNES BAKERI yang mencukupi agar bisnes bakeri dari rumah anda ini mampu berjaya mendapat keuntungan lumayan secara konsisten setiap bulan.. Ilmu tentang pengurusan bisnes bakeri ini sangat penting bagi mengelakkan risiko anda mengalami kerugian akibat kesilapan yang tidak dijangka..

“Mana Tempat TERBAIK Untuk Cari Ilmu Tentang Bisnes Bakeri Ini?”

Para jutawan selalu berpesan untuk belajar menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu belajar sendiri cara & tips berkesan daripada usahawan yang benar-benar berjaya dalam bidang tersebut.. Ini mampu membantu anda memahami bisnes dengan lebih mendalam disamping dapat mengelakkan anda daripada melakukan kesilapan yang boleh merugikan bisnes anda..

Jadi untuk menjadi seorang pengusaha bakeri dari rumah yang berjaya, anda WAJIB pelajarinya sendiri daripada pengusaha bakeri dari rumah yang berjaya.. Ini boleh membantu anda memahami bisnes bakeri dengan lebih menyeluruh dan mempersiapkan diri anda untuk menjadi seorang pengusaha bakeri yang benar-benar mampu menjana keuntungan konsisten..

Berita baik untuk anda.. Kini anda boleh pelajari ILMU BISNES BAKERI dengan lebih mudah daripada pengusaha Bakeri dari rumah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mendirikan bisnes bakerinya hingga mampu berjaya pada hari ini, Puan Nik Roslin Nik Men.. Semua pengalaman & tips terbaik yang digunakannya telah dikongsikan dalam sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Bisnes Bakeri”..

Ebook “Panduan Bisnes Bakeri” ini membongkarkan cara dari A sampai Z bagaimana anda mampu memulakan Bisnes Bakeri yang berjaya menjana pendapatan tambahan yang konsisten dari rumah anda sendiri dengan modal yang minimum.. Ia turut mengajar anda bagaimana caranya untuk anda membina sebuah Bisnes Bakeri yang benar-benar berjaya pada tahun 2021 ini..

Antara ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini ialah..

  • Penerangan SEBENAR cara memulakan & menguruskan Bisnes Bakeri Dari Rumah
  • Formula 2M + 2P yang memudahkan anda kekal bermotivasi sepanjang berbisnes dari rumah.
  • Strategi pemilihan produk bakeri yang TERBAIK untuk Bisnes Bakeri anda
  • 4 langkah MUDAH untuk membuka bisnes bakeri dari rumah sendiri
  • Senarai LENGKAP peralatan yang anda perlukan beserta anggaran kosnya
  • Formula TERBAIK untuk menetapkan harga setiap produk bakeri
  • 8 kaedah promosi yang BERKESAN untuk bisnes bakeri anda
  • 5 kesilapan NGERI yang perlu dielakkan dalam bisnes bakeri
  • 9 cabaran bisnes bakeri & cara TERBAIK untuk tanganinya
  • Strategi BERKESAN menjana minimum RM2,000 setiap bulan dengan bisnes bakeri
  • .. Dan 10 tips PENTING untuk hasilkan produk bakeri yang sangat berkualiti!

Dengan ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini beserta dengan bonus-bonus seperti resepi menu produk bakeri terlaris, ilmu mendalam mengenai bahan asas produk bakeri serta cara penghasilan roti yang berkesan ini, anda pasti mampu membina sebuah Bisnes Bakeri yang mampu menjana keuntungan tambahan yang konsisten setiap bulan – hanya dari rumah anda!

Kini menjana pendapatan dari rumah dengan Bisnes Bakeri bukanlah sesuatu yang mustahil bagi anda.. Dengan ilmu beserta resepi yang diberikan dalam ebook ini SERTA peralatan asas yang lengkap & minat anda yang mendalam dalam membuat produk bakeri, anda pasti mampu berjaya menjana keuntungan lumayan dari Bisnes Bakeri ini..

Inilah masa terbaik untuk anda memulakan langkah “kanan” membina sebuah Bisnes Bakeri dari rumah yang benar-benar berjaya.. Pelajari semua ilmu yang anda perlukan di sini

Show More
Back to top button