Tip Menghadapi Temuduga Secara Online
Anda bakal menghadapi temuduga secara online ??
Pertama kali menghadapi temuduga secara online ??
Bimbang dan risau gagal dalam temuduga secara online kerana tidak tahu persediaan apa yang boleh dilakukan ??
Lihat sini tip untuk menghadapi temuduga secara online
- Menepati Masa
Untuk temu duga secara individu, seeloknya anda muncul@tiba 10 minit lebih awal. Sikap sebegini juga menunjukkan bahawa anda seorang yang menepati waktu. Anda juga turut mempunyai masa yang lebih sekiranya anda menghadapi masalah untuk log masuk ke perisian persidangan video (google meet, zoom atau sebagainya)
- Buat Persediaan Awal
Anda perlu melakukan sedikit penyelidikan berkaitan latar belakang syarikat yang anda mohon Anda juga digalakkan menyediakan beberapa soalan untuk ditanyakan kepada penemuduga.
- Uji Samada Teknologi Dapat Berfungsi Dengan Baik
Anda perlu lakukan ujian ke atas laptod atau komputer anda sama ada capaian internet baik atau tidak, kamera, speaker dan microphone boleh berfungsi ataupun tidak. Sekiranya salah satu daripada komponen ini tidak berfungsi, sudah tentu akan menganggu fokus anda semasa sesi temuduga online nanti.
- Perhatikan Persekitaran Anda
Pastikan anda lakukan pemilihan tempat yang sesuai ketika sesi temuduga online. Oleh kerana microphone laptod@komputer terlalu sensitif terhadap bunyi. Pastikan anda memilih tempat yang sunyi dan tenang bagi memastikan tumpuan anda tidak terganggu serta tidak memberi sebarang masalah kepada penemuduga anda.
- Pilih Latar Belakang Sesuai
Latar belakang semasa sesi temuduga juga turut memainkan peranan penting untuk menarik minat penemuduga untuk kekal fokus terhadap anda. Latar belakang yang digunakan mestilah profesional dan kemas sebagai contoh gunalah latar belakang seperti di dalam office dan janganlah menggunakan latar belakang seperti di tepi pantai. Walaubagaimanpun, anda juga boleh menggunakan latar belakang dinding rumah anda yang kosong dan berwarna putih.
- Bercakap Dengan Jelas dan Perlahan
Sekiranya anda bercakap terlalu laju dan tidak jelas akan menyebabkan penemuduga anda menghadapi masalah untuk mendengar . Oleh itu pastikan anda menyebut sesuatu perkataan dengan jelas dan perlahan.
- Dengan Dengan Teliti
Temuduga secara online akan memudahkan anda memotong penemuduga semasa beliau sedang bercakap. Ini disebabkan berlaku kelewatan audio. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pastikan anda kekal fokus dan dengar dengan teliti sekiranya penemuduga masih bercakap. Jangan terus cut percakapan penemuduga !!
- Berpakaian Formal
Walaupun anda hanya temuduga secara online. Namun pastikan anda mengikut kod etika pemakaian temuduga yang betul.
- Bahasa Badan
Bahasa badan anda dalam sesi temuduga online dapat menyampaikan banyak perkara mengenai siapa anda sebagai orang dan bakal pekerja. Anda dapat memberikan gambaran positif dengan memastikan anda berdiri tegak dengan postur tubuh yang baik. Letakkan kedua kaki di bawah, dan elakkan daripada menunduk atau mengangkat kepala dengan tangan anda. Sentiasa berusaha untuk meletakkan tangan anda di paha anda agar tidak berlaku banyak pergerakan. Melihat wajah penemuduga di skrin komputer anda bermaksud anda sebenarnya tidak melihat kamera dan melakukan kontak mata. Perhatikan kamera sekerap mungkin, terutamanya ketika anda bercakap. Ini akan memberi penemuduga bahawa anda terlibat dan tidak terganggu dengan persekiraan anda
Sebenarnya nak hadapi temuduga ni bukan main hantam sahaja
Anda perlu lakukan persiapan sebaik mungkin kerana akan timbul seribu satu soalan buat anda sebelum menghadapi temuduga. Oleh itu sekiranya, anda ingin dapatkan lebih banyak tip temuduga terutama sekali berkaitan temuduga kerajaan.