Bisnes

Modul Matematik Pecutan Akhir UPSR

PEPERIKSAAN UPSR 4 SEPT INI! SUDAHKAH ANAK ANAK ANDA BERSEDIA?…

Ini Usaha Terakhir Murid Untuk Persediaan Peperiksaan UPSR…

Salam bahagia, Nama saya Cikgu Mohd. Fadli Salleh.

Dan saya ada satu soalan.

Adakah anak anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar pada 4 September ini?

Dan bagaimana persediaan yang yang telah dilakukan oleh anak anda terutamanya kertas matematik?

Cuba tanya anak, “Abang, kakak, median tu apa, mod tu apa, julat tu apa?”…

Sambil-sambil minum-minum, tanya lagi anak, “1 km berapa meter? 1cm berapa mm, 1 abad berapa tahun?”

Itu semua soalan asas. Itu semua soalan yang anak kita wajib tahu dah. Tahniah saya ucapkan jika anak anda dapat jawab.

Tetapi jika anak anak gugup-gagap, muka nampak blur nak menjawab, itu tandanya anak anda belum cukup bersedia dan berkemungkinan besar akan gagal dalam peperiksaan. 

Mak Ayah mana nak lihat anak gagal. Betul tak?

Dianggarkan sekitar 50% murid gagal dalam subjek matematik. 

Apa yang merunsingkan, kegagalan murid akan menurunkan motivasi dan minat mereka dalam Matematik.

Lebih menyedihkan lagi, kegagalan ini terus dibawa sehingga ke peringkat SPM bila motivasi dan minat mereka terhadap Matematik telah hilang.

Ini sangat merisaukan untuk generasi yang bakal memimpin pada masa hadapan. 

“Kenapa Anak Tak Dapat Kuasai Subjek Matematik? …”

Apabila saya dan guru-guru matematik lain membuat kajian, sebab utama yang yang menyebabkan murid lemah matematik disebabkan oleh berikut.

  •  Menganggap matematik terlalu sukar
  •  Tidak minat dengan matematik
  •  Sukar hafal formula dan rumus
  •  Tidak hafal sifir

Nah!

Bagaimana nak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang nanti jika anak menghadapi masalah yang telah dinyatakan?

Lagi-lagi di saat getir ni.

BERHENTI SEKETIKA!

Jangan sangka anak anda pandai matematik akan lulus dengan jayanya. Ada kes-kes yang kami terima, anak-anak tak dapat keputusan yang diharapkan.

Pernah tak anda semak buku latihan anak-anak dan mendapati mereka CUAI dalam menjawab soalan?

Pernah tak anda baca soalan peperiksaan yang seolah-olah tak masuk akal? Lagi-lagi soalan berbentuk KBAT?

Pernah tak anak anda mengadu Tak Cukup Masa nak jawab soalan matematik semasa peperiksaan percubaan?

3 soalan diatas adalah penentu kepada keputusan peperiksaan anak anda nanti. Kerana adakalanya, anak-anak cuai dalam menjawab soalan sebab tak mengenalpasti kunci utama kehendak soalan.

Belum lagi termasuk masalah tak faham soalan apatah lagi tak cukup masa. Lagi-lagi murid sering bermasalah untuk menjawab soalan berbentuk ayat dan KBAT.

Mereka menghadapi masalah tersebut kerana tidak memahami kehendak soalan selain tidak menghafal rumus asas Matematik termasuk hafalan sifir. 

“Masa Dah Semakin Suntuk, Apa Yang Anda Boleh Buat Untuk Anak…”

Saya merupakan seorang Guru Matematik sekolah rendah berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dan sering mengajar murid tahun 6.

Saya juga berpengalaman menjadi pengawas peperiksaan, menghadiri kursus penandaan kertas Matematik tahun 6,  dan baru-baru ini memenangi Gold Award di Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa.

Dari pengalaman ini saya sering kongsikan kepada murid-murid sebagai penceramah dalam seminar dan bengkel Matematik.

Saya kongsikan bagaimana untuk buat persediaan dan teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan Matematik UPSR dengan mudah.

Alhamdulillah, majoriti murid yang hadir ke bengkel yang saya dan guru-guru pakar anjurkan, lulus dalam subjek tersebut dan saya kongsikan di wall FB saya.

Susulan dari bengkel tersebut, ramai mak ayah telah PM saya untuk datang ke tempat mereka untuk buat bengkel persediaan UPSR. Tahun ini sahaja saya telah menerima jemputan dari 30 buah sekolah.

Tapi saya terpaksa tolak kerana saya tidak mempunyai keupayaan untuk memenuhi permintaan itu. 

Saya sebagai seorang ibubapa amat faham perasaan anda untuk berikan terbaik untuk anak-anak. 

Dan saya asyik mengenang, bagaimana saya dapat bantu anak Tuan dan Puan membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dengan keupayaan saya yang terhad ini.

Sehinggalah baru-baru ini, saya telah terbitkan 2 buah ebook, MODUL PANTAS MATEMATIK dan SIFIRLICIOUS yang mana kedua-duanya mengandungi rakaman video di mana saya mengajar bagaimana untuk menguasai Matematik dan juga Sifir. Seolah-olah saya sedang memberikan tuisyen didepan anak-anak anda. 

Terus saya melompat dengan semangat!

Apa kata jika saya dapat buat Bengkel Persediaan Terakhir UPSR secara ONLINE?

Maka oleh hal demikian, memperkenalkan…

MODUL PECUTAN AKHIR BENGKEL UPSR ONLINE

Modul Pecutan Akhir Bengkel UPSR ONLINE ini adalah satu usaha terakhir saya untuk membantu calon-calon UPSR.

✔️ Yang sering gagal, InsyaAllah peluang untuk lulus lebih terbuka luas.

✔️ Yang sering cuai dan dapat C dan B, InsyaAllah peluang untuk dapat A itu lebih baik.

Dalam Modul Pecutan Akhir UPSR ONLINE ini saya kongsi:

✔️ Teknik kira pantas untuk Kertas 1,
✔️ Teknik menjawab soalan ‘tricky’ dan
✔️ teknik menjimatkan masa menjawab.

✔️ Saya juga mendedahkan teknik menghidupkan ‘NYAWA’ Matematik yakni Kertas 2.

✔️ Saya bedah soalan sebenar UPSR 2018 kemudian huraikan bagaimana mereka dapat ‘curi markah’ dengan mudah.

Ia diterangkan dalam 7 video saya yang berdurasi lebih 94 minit panjang.

“Bagaimana Bengkel Online Ini Berjalan?”

Saya telah kumpulkan soalan-soalan UPSR yang lepas dan jadikannya dalam bentuk PowerPoint. Ia akan dipancarkan pada papan putih dan saya akan terangkan satu-pertsatu sambil menyelesaikan soalan tersebut secara langsung pada papan putih. Seperti gambar diatas.

Anak anda seolah-olah sedang berada dalam satu sesi khas one to one membuat ulangkaji dimana-mana sahaja anda berada.

Dengan Pecutan UPSR ini, ia dapat membantu anak anda:

✔️ Masalah tidak cukup masa dapat diatasi.
✔️ Masalah kecuaian dapat dikurangkan.
✔️ Mencerahkan peluang murid yang sering gagal untuk LULUS.
✔️ Mencerahkan peluang murid sederhana untuk mendapat A.
✔️ Membantu meningkatkan keyakinan murid untuk menjawab peperiksaan.

Video yang dirakam sangat jelas dan membantu murid belajar. Video boleh di download dan ditonton bila-bila masa. 

Bayangkan seperti mengupah seorang tutor mengajar di rumah anda! Anak anda pasti seronok dan lebih bersemangat untuk belajar.

Bukan itu sahaja, rakaman video ini di hasilkan:

✔️ Penerangan yang mudah difahami.
✔️ Video dipecahkan kepada 7 bahagian agar tidak bosan menonton.
✔️ Boleh ditonton dimana-mana dan bila-bila masa.
✔️ Membantu murid lemah dan sederhana.
✔️ Meningkatkat motivasi mereka.
✔️ Tidak lagi beranggapan Matematik itu menyusahkan.
✔️ Dijadikan panduan untuk menjawab soalan peperiksaan.
✔️ Ada tips menjawab Kertas 1 dan 2.
✔️ Penerangan berdasarkan Soalan Sebenar UPSR 2018
✔️ Mengandungi koleksi soalan percubaan pelbagai negeri, soalan sebenar UPSR 2016, 2017 dan 2018 serta Soalan Ramalan yang lengkap dengan skema jawapan sebagai latihan susulan.

“Apa Lagi Yang Akan Saya Dapat Cikgu?”

Selain 7 rakaman video berdurasi lebih 90 minit, koleksi soalan sebenar UPSR tahun 2016,2017 dan 2018 juga disertakan bersama.

Turut disisip ialah soalan percubaan beberapa negeri dan ada satu Soalan Ramalan yang dibuat oleh portal KSSR saya masukkan (dengan kebenaran) di dalam modul ini.

Anda akan dapat:

✔️ 1 Set Kertas Ramalan Peperiksaan UPSR 2019,
✔️ 1 Set Kertas Peperiksaan Sebenar Matematik 2018
✔️ 1 Set Kertas Peperiksaan Sebenar Matematik 2017
✔️ 1 Set Kertas Peperiksaan Sebenar Matematik 2016
✔️ 1 Set Kertas Percubaan Matematik 2019 Kelantan
✔️ 1 Set Kertas Percubaan Matematik 2018 Kelantan
✔️ 1 Set Kertas Percubaan Matematik 2018 Perak
✔️ 1 Set Kertas Percubaan Matematik 2018 Perak
✔️ 1 Set Kertas Percubaan Matematik 2018 Penang

Dan setiap set kertas akan datang bersama dengan Skema Jawapan supaya senang untuk anda membuat rujukan.

“Cikgu, Berapa Yuran Modul Pecutan Akhir Bengkel UPSR Online?”

Sabar dulu. Sabar… Saya tahu anda dah tak sabar sangat dah Nak sertai Modul Pecutan Akhir Bengkel UPSR ONLINE ini. Cuma saya nak beritahu kos asal bengkel jika diadakan secara OFFLINE.

Untuk pengetahuan anda, saya dibayar RM6,000 untuk 3 jam bagi jemputan bengkel matematik. Pihak penganjur pula akan mengenakan bayaran sebanyak RM300 sekepala perbengkel.

Jika anda ingin mengupah saya untuk berikan tutoring khas, biasanya satu sesi One on one selama 3 jam, saya mengenakan cas RM450.

“Saya Ada Satu Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda…”

Anda tak perlu bayar saya RM 6,000 untuk saya buat bengkel di tempat anda, Anda tak perlu bayar RM997 untuk dapatkan akses kepada Modul Pecutan Bengkel UPSR Online. Malah, anda tak perlupun bayar RM450 persesi untuk saya datang dan buat tuisyen di rumah anda…

Tetapi anda boleh Kepakaran saya dengan mendapatkan Modul Pecutan Bengkel UPSR Online dengan pelaburan sekali seumur hidup  berharga …

RM149

Tapi Tunggu!

Sempena Tahun Baru 2020 yang telah tiba, anda boleh dapatkan kesemua 7 rakaman video, 8 set kertas percubaan matematik dan 1 set kertas ramalan UPSR 2019 dengan harga istemewa. Hanya…

RM50

Saya tak janji anak anda lulus cemerlang, tetapi murid yang memahami setiap penerangan saya dalam video ini InsyaAllah akan lebih berkeyakinan untuk menjawab dalam peperiksaan sebenar nanti.

Itu juga membantu mereka menyelesaikan masalah tidak cukup masa menjawab, sering cuai dan teknik yang betul untuk menjawab Kertas 1 dan 2.

Peperiksaan UPSR, semakin hampir. Pekara yang paling menggembirakan buat seorang ibubapa adalah melihat wajah anak yang seronok menerima keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Jangan judikan masa depan anak. Anak ini bagaikan kain kanvas putih. Kita yang menentukan corak pada kain tersebut. Kita jugalah membantu membentuk masa depannya. Dapatkan Modul Pecutan Bengkel UPSR Online Sekarang!

Show More
Back to top button