Rahsia Memikat Suami
Untuk Para Isteri Yang Tengah Pening Dengan Karenah Suami Anda Yang “Macam-Macam”?
Mari Saya Tunjukkan Anda Cara Mem”projek”kan Suami Anda! Agar Dia Berubah! Dari Seorang Yang Berpesonaliti Tunggul Kepada Personaliti Unggul!
Dari meja :
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,
Sebagai seorang motivator yang telah berada di dalam masyarakat lebih 16 tahun lamanya, hampir setiap hari beliau dihujani dengan soalan dan keluhan dari golongan isteri yang kurang berpuas hati dengan sikap serta tabiat suami mereka.
Masalah-masalah seperti suami malas, suami tidak sedar diuntung, suami miang, suami berjawatan lebih rendah, suami melebihkan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri, suami lemah di rajang, suami bermain kayu tiga, suami panas baran, suami tidak solat, suami suka menipu, suami tak cukup bagi nafkah dan bermacam-macam lagi masalah telah diajukan kepada saya.
Hinggakan, jika beliau membaca sesuatu pertanyaan itu di bahagian atas sahaja, beliau sudah boleh mengagak apakah di penghujungnya.
Cerita kebanyakan mereka adalah hampir sama, cuma apa yang berbeza hanyalah pada watak dan suasana tempat ia berlaku.
Mengapa Suami Berubah?
Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.
Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah….
1. Orang Sekeliling
Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.
2. Kerjaya
Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.
3. Ekonomi & Sosial
Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.
4. Fitrah
Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.
Mengapa Isteri Yang Perlu Buat Itu Ini… Begitu Begini?
Ada juga sesetengah golongan isteri yang bertanya…. “Yang bermasalah suami saya! Kenapa pula saya yang kena usaha dan buat macam-macam?”
Ini adalah satu hakikat yang pihak isteri perlu terima. Apabila si suami mula bermasalah, sememangnya pihak isterilah yang perlu berbuat sesuatu. Jika pihak isteri juga hanya berdiam diri dan mengharapkan si suami berubah dengan sendirinya…. Ia mungkin tidak akan berlaku dan berkemungkinan, ia akan menjadi lebih teruk dan lebih buruk lagi.
Masakan si suami boleh berubah jika baca buku pun dia malas, apatah lagi mahu pergi kursus, menonton rancangan kekeluargaan atau mendengar radio ceramah pun dia tidak mahu. Maklumlah, ego lelaki kan tinggi? Tidak mahunya dia nak buat perkara-perkara begitu..
Jadi, mahu atau tidak, memang andalah, pihak isteri.. yang perlu mengatur strategi dan berbuat sesuatu.
Ianya mungkin mengambil masa untuk kesedaran bertapak di hati suami, tapi secara perlahan-lahan, akan datang kemahuan untuk berubah dalam dirinya, yang mana, seterusnya akan menjadi tabiat dan berakhir sebagai seorang suami yang unggul.
Bagaimana Untuk Melakukannya?
Jika anda sudah bersedia untuk mengambil cabaran dan tanggungjawab di dalam menjadi agen perubahan bagi suami anda yang tercinta!
Beliau sudah sediakan sebuah panduan bagaimana untuk melakukannya.
Ianya adalah sebuah panduan di dalam bentuk ebook (buku elektronik), yang bertajuk….. SUAMI UNGGUL!
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda
Di dalam ebook panduan ini, beliau telah senaraikan cara untuk menangani 42 karenah suami. Antara karenah suami yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti berikut..
- Suami Tidak Bekerja
- Suami Pengurus Rumahtangga
- Suami Lemah Mental
- Suami Tak Rasional
- Suami Paksa Tinggal Dengan Mertua
- Suami Lemah Tenaga Batin
- Suami Berjawatan Besar
- Suami Berniaga
- Suami Miang Keladi
- Suami Bodo-Bodo
- Suami Jawatan Rendah
- Suami Hensem
- Suami Kememer
- Suami ‘Bisu’
- Suami Kaki Melaram
- Suami Simpan Perempuan
- Suami Kaki Kelentong
- Suami Kaki Disco/Kelab Malam
- Suami Toleh
- Suami Kaki Betina
- Suami Terlalu Taat Ibu Bapa
- Suami Workaholic
- Suami Tidak Penyayang
- Suami Homoseksual
- Suami Panas Baran
- Suami Ramai Peminat
- Suami Terlalu Tua
- Suami Fanatik Pada Ajaran Tertentu
- Suami Jiwang Karat
- Suami Pucuk Muda
- Suami Aktif Bermasyarakat
- Suami Kejam
- Suami Terlalu ‘Kuat’
- Suami Abai Mertua
- Suami Lemah Pengamalan Agama
- Suami Ada Anak Tiri
- Suami Beristeri Lebih
- Suami Kuasa Veto
- Suami Berpenyakit Sukar Sembuh
- Suami Aktivis Politik
- Suami Putar Alam
- Suami Satu Sen Tak Guna
Semua jalan penyelesaian bagi setiap masalah di atas telah tersedia di dalam ebook ini. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca ebook ini dengan sabar serta ikuti saranan-saranan yang diberikan di dalamnya.
Dapatkan Ilmu Serta Jalan Menjadikan Suami Anda Seorang Suami Yang Unggul & Hebat!
Dengan hanya RM27, ebook ini akan menjadi milik anda dan insyaALLAH, ianya akan dapat membantu anda mencari ikhtiar dan membuka jalan, bagaimana anda boleh mengubah suami anda, menjadi suami unggul yang anda idam-idamkan.
Usah lagi biarkan hati anda diremuk-remuk melihat karenah suami yang “macam-macam”. Hentikannya sekarang dan dapatkan ebook ini segara dengan cara klik butang order di bawah!