3 Perkara Yang Wajib Anda Tahu Mengenai Shopee Sebelum Menjadi Penjual Di Shopee
Apa itu shopee ?
Shopee merupakan satu platform e-dagang yang ditubuhkan di negara-negara asia tenggara pada tahun 2015 untuk menjalankan urusan pembelian mahupun penjualan. Di Malaysia juga tidak kurangnya kerana ramai yang telah menjadi shopee 1 platfom untuk menjalankan urusan jual beli. Kini peratusan pengguna Shopee semakin hari semakin meningkat naik sehinggakan ramai yang telah mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam menjual produk dalam aplikasi shopee bagi menambah pendapatan. TAPI !!! Jangan terkejut kerana ada yang menjual barangan di Shopee secara full time. So dekat sini dah terbukti menjual pelbagai produk di shopee mampu menjana pendapatan ribuan ringgit. Jadi mari kita lihat 3 kebaikan mengenai shopee sebelum anda juga menjadi seorang penjual shopee
1. Tiada Yuran / Cas
Sekiranya anda telah memilih Shopee sebagai 1 tempat utama untuk anda menjalankan perniagaan bermakna anda telah membuat suatu keputusan yang paling tepat. Ini kerana pihak Shopee tidak pernah mengenakan sebarang cas ataupun yuran sebelum anda menjadi penjual di situ. Daftar akaun Shopee kemudian terus boleh menjual. Mudahkan….
2. Tidak Perlu Daftar Niaga/ Sijil SSM
Shopee juga sebuah “marketplace” yang sangat mudah, pendek cerita kacang jer kalau nak jadi penjual dekat sini. Sesetengah sistem e-dagang akan mengenakan syarat kepada bakal penjual supaya mempunyai SSM untuk mengelakkan unsur penipuan dalam urusan jual beli. Saya yakin tidak semua penjual mempunyai SSM, tambahan lagi ada juga penjual atau dropship dikalangan kita yang baru saja nak berjinak-jinak dalam bidang perniagaan online ni. So dengan Shopee anda tak perlu pening kepala lagi.
3. Hanya Gunakan Akaun Yang Sama
Ada sesetengah “marketplace” perlu membuat akaun berasingan untuk menjadi pembeli ataupun penjual dan apa yang mudahnya di Shopee ni, anda tak perlu nak membuang masa untuk daftar akaun sebagai penjual. Shopee hanya menggunakan akaun yang sama. Maksudnya setelah anda membuka akaun Shopee sebagai pembeli secara automatik juga anda juga merupakan penjual Shopee juga. Wah..macam tu jer kan.
Semoga informasi yang saya sampaikan dapat memberi satu ilmu yang berguna sebelum anda menjadi seorang penjual Shopee. Anda juga bebas memilih “marketplace” terbaik untuk dijadikan sumber utama mencari rezeki. Ingat ya dalam perniagaan anda mesti buat, buat dan buat.
PANDUAN DAN CARA-CARA BERNIAGA DI SHOPEE DENGAN BETUL < KLIK DISINI>