7 Destinasi Mesti Pergi Jika Anda Melancong ke Busan
Busan, Korea Selatan merupakan bandar ke-dua terbesar selepas Seoul. Walaupun Busan tidak se-popular Seoul, namun tidak kurang menariknya destinasi pelancongan yang ada di bandar ini. Penerbangan Air Asia menawarkan penerbangan secara terus dari LCCT ke bandar Busan. Jika anda ingin bercuti ke Busan, berikut merupakan antara 7 destinasi yang mesti pergi ketika berada di Busan.
Tapi sebelum kami teruskan, kami ingin memperkenalkan Naracards Busan Travel Guide yang sesuai bagi anda yang pertama kali ingin melancong ke Busan. Kad panduan ini digunakan untuk merancang itinerary perjalanan dan juga digunakan semasa bercuti. Klik sini
Berikut merupakan destinasi menarik yang korang wajib pergi semasa bercuti di Busan.
1. Haeundae Beach
Subway Line No 2, hentian ‘Haeundae’ station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: www.narcards.com
Pantai paling popular di Korea terutamanya pada musim panas. Puluhan ribu manusia akan berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu pada musim panas. Terdapat juga Busan Aquarium iaitu akuarium besar yang terdapat beribu spesis kehidupan laut.
2. Gwangan Beach
Subway Line No 2, hentian ‘Gwangan’ station, keluar di exit 5 atau 3
Sama seperti Haeundae Beach, Gwangan beach menawarkan bonus iaitu pemandangan jambatan dua tingkat Gwangan Bridge. Di cadangkan untuk ke pantai ini pada waktu malam untuk pemandangan yang lebih cantik.
3. Yongdusan Park (Busan Tower)
Subway Line No 1, hentian ‘Nampo’ station, keluar di exit 7
Busan tower merupakan menara setinggi 120 meter untuk melihat pemandangan sekitar bandar Busan. Terletak di atas bukit dan kawasan yang strategik, anda dapat menyaksikan pemandangan cantik dan menarik dari atas menara ini. Di kawasan sekitar terdapat taman rekreasi Yongdusan Park dan deretan kedai membeli belah Gwangbok Fashion Street.
4. Jagalchi Fish Market
Subway Line No 1, hentian ‘Jagalchi’ station, keluar di exit 10
Terletak hanya bersebelahan dengan Yongdusan Park. Jika teringin untuk mencuba Ketam Snowcrab atau King Crab yang bersaiz besar yang tak pernah dilihat di Malaysia, anda perlu ke sini. Di sini merupakan pasar makanan laut yang terbesar yang mana anda boleh menikmati pelbagai masakan laut di Korea.
5. Gamcheon Cultural Village
Subway Line No 1, hentian ‘Toseong’ station, keluar di exit 8
Perjalanan ke sini agak sukar namun memberi kepuasan luar biasa. Gamcheon cultural village ni sebahagiannya merupakan penempatan orang dan sebahagiannya cuma banguna kosong yang dihiasi seni lukis. Destinasi sesuai untuk penggemar photografi.
6. Oryukdo Skywalk
Subway Line No 2, hentian ‘Kyungsung Univ Pukyong Univ’ station, keluar di exit 2
Ingin cuba keberanian diri, anda boleh ke Oryukda Skywalk. Selaing pemandangan cantik yang ada di sini, anda berpeluang jalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari atas laut. Pemandangan laut dan keindahana semulajadi cantik boleh dilihat di sekitar Oryukdo ini. Terdapat Kafe untuk anda menghirup kopi panas sambil menikmati pemandangan cantik di sini.
7. Lotte Premium Outlet East Busan
Train Donghae, hentian ‘OSIRIA’ station, keluar di exit 1
Ingin membeli-belah barangan berjenama? anda boleh pergi ke Lotte Premium Outlet East Busan. Walaupun namanya Premium, tidak semua barangnya mahal. Jika ada promosi khas, anda berpeluang jumpa banyak pakaian dan barangan berjenama yang murah seperti Adidas, Nike, Guess, dan macam-macam lagi. Bangunan ini baru sahaja siap dibina dan berdekatan dengan Yonggungsa temple.
Beomosa
Gwanganli beach
Di bandar Busan ada banyak destinasi menarik yang boleh anda lawati selain 7 destinasi yang disenaraikan diatas ini. Antaranya seperti Yonggungsa, Beomosa, Citizen Park, Dadaepo, Taejongdae, Dongbaek island dan banyak lagi.
Jagalchi fish market
Yongdusan Park
Bagi yang pertama kali ingin bercuti ke Busan secara sendiri anda boleh menggunakan panduan Naracards Busan Travel Cards. Naracards Busan merupakan koleksi 30 keping kad destinasi menarik yang ada di sekitar bandar Busan Korea. Apa yang menarik dengan kad ini anda boleh travel secara bebas. Sama ada anda ingin memandu kereta sewa, menaiki teksi atau menggunakan subway di Busan. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Naracards.
Naracards Busan Travel Info Cards