Jawatan Kosong

5 Tips Penting Sebelum Ke Everland Seoul

Kalau ke Seoul Korea orang kata tak sah kalau tak pergi ke Everland.

Everland merupakan theme park yang terbesar di Korea. Mereka yang ke Korea pasti reserve 1 hari untuk ke taman tema ini. Post pada kali ini kami ingin kongsi tips melancong ke Everland.

Tapi sebelum itu, jika anda plan travel ke Korea secara sendiri atau backpacker, Naracards Travel Guide boleh membantu anda merancang itinerary perjalanan dengan mudah

Kerana faktor keluasan dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit di Everland, untuk menghabiskan tour ke seluruh taman tema ini memerlukan semangat yang kental. Anda perlu rancang strategi supaya puas kerana harga tiket Everland ni bukannya murah.

Jadi kami nak kongsikan tips ini supaya anda lebih bersedia.

1. Roller Coaster T-Express

Roller Coaster T-Express ni paling most wanted. Landasan yang panjang dan diperbuat dari kayu sahaja. Rasa tak lengkap kalau tak cuba Roller Coaster ni. Tapi tak semudah yang disangka. Anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran. Kadang-kadang tu tempoh menunggu boleh mencecah higga 3 jam lamanya! Sanggup?

Jadi sebelum masuk ke Everland, dapatkan peta di pintu masuk dan lihat di mana terletaknya kedudukan T-express. Kemudian terus menuju ke T-Express. Abaikan yang lain dulu. Kebiasaannya kalau ikut aturan peta, seseorang masuk ke Everland dia akan melalui T-Express dibahagian akhir lawatan. Jadi anda pilih cara terbalik.

2. Musolla / Muslim Prayer Room

Tak perlu risau tempat solat kerana di Everland ada surau yang terletak berhampiran dengan T-Express. So senang kan?

3. Ramalan Cuaca

Yang ini paling penting. Pastikan anda kaji dulu cuaca beberapa hari sebelum ke Everland. Jika hari yang anda plan untuk ke Everland akan hujan, tukar ke hari lain. Jika hujan banyak permainan tidak beroperasi atas faktor keselamatan. Rugi je kalau bayar tiket mahal tapi tak puas sebab banyak permainan tutup. Jika hari hujan, cepat-cepat tukar plan ke hari lain ye.

4. Elakkan pada Hujung Minggu

Kalau boleh pergi Everland pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat. Pastikan anda keluar dari hotel seawal mungkin dan pulang selewat yang mungkin. Yelah, bayar tiket mahal-mahal mesti la enjoy puas-puas kan!

5. Potongan Harga bagi pelancong asing

Anda akan dapat diskaun waktu beli tiket di kaunter tiket. Diskaun ni khas untuk pelancong asing. Yang penting anda bawa passport ke kaunter bayaran. 

Kesimpulannya, Selamat bercuti ke Everland!

Oh ya! kalau anda baru first time datang ke Seoul, anda boleh cuba menggunakan kad bantuan perjalanan Naracards Travel Guide . Kad ini dah siapkan tempat-tempat menarik yang ada di Seoul dan bagaimana cara untuk sampai ke setiap destinasi. Mudah sangat!

Show More
Back to top button